Cinafilm has over 5 million movie reviews and counting …
Sitemap
Search

Last updated: 27 Jun 2026 at 07:56 UTC

Back to movie details

Review of by Yus Y — 30 Sep 2011

Share
Tweet

Secara serious aku tak jangka filem ni bagus, aku cuma sedikit minat untuk tonton filem ini bila tengok trailer di "youtube". dan filem ini agak bagus bagi kategori drama.

"Hesher" adalah sebuah drama kehidupan yang terganggu dan disampaikan dalam element lucu. secara ringkasnya filem ini mengambarkan penderitaan, melepaskan perkara yang berlalu dan kelansungan untuk terus hidup.

Bagi aku jalan cerita "Hesher" biasa sahaja, Tapi tak salah juga kalau aku letakkan filem "Hesher" setanding dengan drama kemasyarakatan yang lain seperti "monster" lakonan Charlize Theron, "pay it forward" lakonan Haley Joel Osment dan Helen Hunt, "Worlds Greatest Dad" lakonan Robin Williams dan banyak lagi drama yang bagus sepertinya, kerana semua filem ini termasuk "Hesher" hebat bukan kerana jalan ceritanya tetapi pelakonnya.

Aku boleh nyatakan secara keseluruhan pelakon dalam filem "Hesher" membawa watak mereka dengan baik dan semulajadi. paling menarik sekali watak Hesher yang dilakonkan oleh Joseph Gordon-Levitt, dia berjaya memegang watak tersebut sampai aku hampir percaya inilah Joseph Gordon-Levitt yang sebenar, watak yang dipegang Levitt sebagai "Hesher" adalah seorang yang cuai, celupar, ganas dan pengemar muzik heavy metal dan beliau menyampaikan watak ini dengan baik dan berkesan.

Bukan niat aku nak puji lebih, tapi aku dapat jangka filem ini sekurang-kurangnya mampu untuk tercalon dalam "Grammy Award", "Oscar Academy Awards" atau paling tidak "Sundance Film Festival".

Secara keseluruhan filem ini tidak sesuai untuk ditonton bagi seisi keluarga sebab elemen yang cuba disampaikan tidak menepati moral yang boleh diikuti oleh golongan kanak-kanak dan remaja. bagi pengemar "Heavy Metal Life Style" mungkin ini filem yang tepat untuk korang tonton.

(P.S: akibat tekanan yang diberikan oleh rakan-rakan FB akhirnya aku akur untuk tulis komen filem dalam bahasa malaysia.... heheheh.. aper bulih buat kitakan owang Malaysia).

(P.S.S : tapi yang pelik dieorang hentam kat Private mesej tuh.. apa daa...).

This review of Hesher (2010) was written by on 30 Sep 2011.

Hesher has generally received positive reviews.

Was this review helpful?

Yes
No

More Reviews of Hesher

More reviews of this movie

Reviews of Similar Movies

More Reviews

Share This Page

Share
Tweet

Popular Movies Right Now

Movies You Viewed Recently

Get social with CinafilmFollow us for reviews of the latest moviesCinafilm - TwitterCinafilm - PinterestCinafilm - RSS